tahniah pada semangat


degupan jantung sudah berhenti
berhenti dari rasa risaunya hati

mungkin ini baru permulaan bagi status aku 
detik tak kan putus
terus berlalu .
aku menunggu waktu 
hati mula kata mengukir satu janji 
janji yang DIA adili

tiba kini, air mata tanpa segan menunjukkan titisan
titisan pada mulanya hanya bertakung 
tapi kini deras seperti hilang punca untuk putus

Alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

minda satu persatu mengingat segala usaha
usaha dimana mencari kejayaan ini
kejayaan mungkin x seberapa 
tapi amat berharga pada diri

aku sekali lagi rasa bertuahnya aku
bertuahnya aku kerna TUHAN memperkenankan doaku

tahniah 
tahniah
tahniah

kata orang x putus putus
padahal aku tahu ia hanya satu kejayaan kecil 
tapi aku masih bersyukur 
bersyukur akan keberkatanNYA

ini hadiah
hadiah untuk dua orang insan yang tiada siapa layak ganti
emak , bapa

((tahniah pada diri atas keputusan pspm1, tahniah pada kawan , terima kasih ya ALLAH))

berharap agar ia umpama obor memberi aku semangat untuk lebih baik 


salam enslaved         

No comments:

Post a Comment