entah hilang entah tenggelam


kau tahu gunung everest? ada salji kan? bukan tu yang aku ketengahkan, tapi tingginya gunung itu .kau tahu tinggi buku plus assignment aku sudah tiada beza mungkin dengan gunung . aku kata mungkin .

lantak sana pergi ! pergi

benda-itu aku pergi . pergi jenguk kekasih hati yang mungkin merindui jasad tubuh layu di sini . kekasih hati yang jarang aku bertalian atas wayar, argghhh tuhan saja tahu betapa sakitnya jasad rohani teringat ayah ibu . ahh sudah . tisu aku sudah habiis untuk kesat hujan jernih . habis.

pergi jalan , jenguk langit . sihat? kau tinggi langit , tapi benda-itu aku rendah . apa kau tak bisa bawa benda-itu aku bersama, apa kau tak bisa gantung benda-itu aku di gigi langit barangkali

mundar mandir, ligat mencari benda-itu .susunan bahasa seksis hampir melontar lontar keluar . tapi kau ajar aku untuk jangan itu .

perlu aku gali semua istana istana mewah sang lingkuk melingkuk bawah tanah mencari benda-itu, ahh kesian
perlu aku carik semua timbunan mini sang kokok untuk cari benda-itu.ahhh kisah
perlu aku tumpang jentera terbang untuk aku selak bintang cari benda-itu. ahh angan
perlu aku bernafas dalam air untuk cari benda-itu .ahhh  lemas
perlu aku cantik keluar berita kertas atau berita pukul lapan untuk gembur manakah benda-itu. ahhh gila


bodoh, aku bodoh , padahal aku yang tak percaya
aku masih harapkan sang kaya raya melamar aku untuk menjadi si separuh hidup dia
ahh angan , bodoh , aku  masih rasa aku diatas padahal aku diludah

ouh patut benda-itu lari, tak bisa kebal akan ludahan , tak bisa lawan hanya menurut sang hati malap diri
teruk aku !

tapi aku salah , aku tak perlu cari benda-itu . benda-itu ada setia menemani aku , cuma aku buta. ada dalam jasad yang konon layu padahal benda-itu ada. aku bisa bangkit , ada benda-itu aku mahu bangkit .

terima kasih benda-itu
terima kasih "semangat"
                                                                kerana benda-itu adalah semangat yang hilang 

jalan sehala

Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku 
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut


membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih



aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya 
langkah untuk ku pulang
jalan sehala



aduhai ibuku yang satu 
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam 
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih


_saujana_

salam enslaved

tahniah pada semangat


degupan jantung sudah berhenti
berhenti dari rasa risaunya hati

mungkin ini baru permulaan bagi status aku 
detik tak kan putus
terus berlalu .
aku menunggu waktu 
hati mula kata mengukir satu janji 
janji yang DIA adili

tiba kini, air mata tanpa segan menunjukkan titisan
titisan pada mulanya hanya bertakung 
tapi kini deras seperti hilang punca untuk putus

Alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

minda satu persatu mengingat segala usaha
usaha dimana mencari kejayaan ini
kejayaan mungkin x seberapa 
tapi amat berharga pada diri

aku sekali lagi rasa bertuahnya aku
bertuahnya aku kerna TUHAN memperkenankan doaku

tahniah 
tahniah
tahniah

kata orang x putus putus
padahal aku tahu ia hanya satu kejayaan kecil 
tapi aku masih bersyukur 
bersyukur akan keberkatanNYA

ini hadiah
hadiah untuk dua orang insan yang tiada siapa layak ganti
emak , bapa

((tahniah pada diri atas keputusan pspm1, tahniah pada kawan , terima kasih ya ALLAH))

berharap agar ia umpama obor memberi aku semangat untuk lebih baik 


salam enslaved         

tanpa permit


kata jari aku yang aku buat untuk diri aku .

maaf .
maaf.
maaf.

maaf rakan maaf kawan maaf sahabat

aku pergi sendiri tanpa sesiapa menemani . tak perlukan air mata di mata sebab semua khilaf aku,
hati aku sendiri kata pergi , bukan sebab aku sudah berjaya tapi aku rasa cukup sudah hati terluka.

maaf andai lidah lembut tak bertulang aku banyak mencantas perasaan kau,
maaf andai tingkah gerak gaya aku banyak memalingkan muka kau,

mungkin itu kata kau, tapi pada hakikat ... tak ape biar aku memendam rasa

mungkin bukan aku jika menulis gaya ini

sebab aku sudah capek dengan diri aku yang dulu . biar tuhan tahu aku yang mana satu.

gelak tawa kita aku tetap rasa aku masih rasa

aku masih simpan mungkin x kan hilang.

biar masa berlalu membawa segala kenangan yang pahit bagi kau tapi manis bagi aku

cukuplah kawan untuk kau kata bertikam lidah di belakang.
cukuplah.
aku sedar aku memang manusia yang dilahir untuk bersendiri yang tidak punya hak untuk sedikit
 merasa erti kawan  kerna diri ini yang tidak menjaga

seperti aku biasa bicara kan kita tiada hak untuk menghakimi seseorang
kerna bukan kita jaga makan minum dia

begitulah aku, aku tak boleh kata kamu jahat sedangkan aku masih tertimbus akan dosa
dosa yang mana mungkin sedar yang mana mungkin sengaja

ada detiknya aku rasa kesian diri aku , tapi aku masih dalam sedar siapa aku untuk semua itu kerna kau
lagi berhak kau lagi ada hak untuk sakiti aku.

jangan salahkan aku andai suatu hari aku lupa akan semua kenangan
kenangan dimana kau masih pura pura paksa bibir untuk senyum pada diri aku
tidak apa sayang,
sebab aku mula rasa x perlu hidup aku diserikan dengan patung boneka seperti kau

salam enslaved

pegang babi

hembus angin sampai rambut aku (aku sebagai iman) berolak alik konon comel, aku duduk lagi sambil kepala pandang langit , terdetik -LANGIT NI BILA NAK PENHUJUNG- aku tahu soalan paling sincan , bukan tu aku ak nak fikir . aku nak fikir apa salah aku sampai research aku ditolak mentah . sedikit masak pun tidak, prof kata -KALAU INI KAMU BAGI SAYA, BAIK SAYA BACA BUKU ARNAB DAN KURA KURA- 

ouh prof, bukan aku cakap pasal kura kura ataupun penyu  menangis kat research . aku pandang atas lagi , langit tu tinggi, yes tinggi tapi aku tahu ada lagi yang tinggi dar langit tu, ouh ok abaikan

aku jalan , sepak batu, sakit! aku jalan nampak anjing , ouh najis. lari anak. aku jalan nampak kedai, dalam kedai, meja hujung , awek dan balak entah apa kempen jimat kongsi air satu cawan dua straw . aku masih acah sangka baik, ekonomi merundum, so kene jimat. sampai macamtu. 

sebelah kedai makan, ada mutu sami (nama random) jual surat khabar berbilang bangsa . aku toleh . ouh ye lah ekonomi merundum, so x mampu beli surat khabar, maka toleh sekejap baca sambil lalu pastu letak balik. jangan salah anggap aku baca muka depan je. mutu sami senyum senyum kat aku. aku x pikir tu petanda gay . aku angkat tangan -SENYUM- 

aku jalan lagi. korang x nak tanya ke -NAPE AKU TAK NAIK KERETA?- lantak aku lah nak naik apa sekalipun. ouh tak sebenarnya kereta aku eh bukan kereta aku , kereta dia (zarif// arep) . dia punya kereta so biar dia weekend dia nak berjoli dengan anak dara mana . yes aku masih biarkan .

-TANG!!- bunyi kunci mangga berlaga dengan pagar. tu tanda aku dah sampai rumah, dsebabkan bunyi mangga tadi maka tolonglah paham aku cuma rumah teres, x de pak guard nak bukak kan sambil kata  -SELAMAT PULANG TUAN- 

aku pergi dapur, capai maggie kari laksa chef, ambik periuk tadahh air letak atas dapur , masuk segala benda yg disediakan dalam plastik maggie. siap! hangkut depan tv. mata x dinafi memang pandang tv tapi otak aku pikir, research pasal apa nak kene buat ? tetiba teringat surat khabar mutu sami, berita di kuala lipis - LEMAN AF PEGANG BABI- aduh kok tajuknya drastik banget . 

kecoh setengah page akhbar pasal leman AF . konon peminat kecewa, konon haram , konon dan konon lagi konon, . aku gelak seorang, yelah arep kan keluar x kan nak gelak dengan dia pulak. -BODOH- pasal babi tu nak jatuh hukum macam macam padahal time mak suruh mengaji lari makan cendol.

bunyi kereta. sah arep. arep masuk rumah buat muka kenyang, x tahu kenyang apa. arep tukar channel yang ada seorang gadis atau andartu ntah ku tak peduli sambil ulas berita. tetibe keluar berita -LEMAN AF PEGANG BABI- 

aku tahan gelak sebab aku dah gelak petang tadi. arep ni lelaki tapi aku tak paham dia punya minat kat leman af sampai sanggup hafal lagu dia yang pada aku bawa tidur je. boring. aku agak, arep mesti kata -bende seyhh leman ni, x de bende lain ke nak pegang , babi pulak dia pegang-

aku tarik nafas, pastu cakap -BAGUSLAH DIA PEGANG BABI DARI DIA PEGANG PEREMPUAN YANG TAK HALAL- -MASALAH BABI TU NAJIS MUGHOLAZOH- -NAJIS APA PUN KALAU SAMAK BALIK BUKAN DOSA PUN- -DAH  TU APA MAKSUD KAU?- 

-NI AKU NAK KATA, PEGANG PEREMPUAN ATAU LAKI YANG BUKAN MUHRIM KAU SAMAK SEPULUH JUTA SEKALI PUN DOSA KAU BELUM TENTU HILANG, PEGANG BABI MANA HARAM, DAH PEGANG SAMAK LAH, -

-KAU ACAH ISLAMIC APA PASAL- 

-BUKAN ACAH REP, AKU RASA BETULLAH APA AKU KATA, KITA SIBUK SALAHKAN BABI , PADAHAL SALAH KITA MESRA MESRA DUA DUAAN DENGAN LAKI ATAU PEREMPUAN YANG TAK MUHRIM X DE SAPE PULAK NAK SALAHKAN DIRI-

arep diam terkesima. entah!

-REP, PEGANG LAKI ATAU POMPUAN YANG BUKAN MAHRAM REP BALASAN DIA PEGANG BESI PANAS DI NERAKA REP, AKU TADI TERPEGANG PERIUK MAGGIE PUN PANAS GILA, NI KAT PULAK NERAKA WEYH-

tetiba blackout. mungkin blackout tu tanda sampai sini je penceritaan aku dan arep.

------------------------------------------------------------------------------------------

minta maaf kalau typo, tanda huruf besar huruf kecil, noktah yang bersepah . aku x pandai . 

salam enslaved  :)



gagah melaung


masih menjaga hati? hati yang semalam kita persoalkan.

hidup kita terus . terus mencari misi. atau sudah tunduk kepala tangan diatas sambil kata -MATILAH AKU

kawan bangun, untuk aku juga. bangun .!



if once we become invinsible, against steel and fire , crash until crushed

forge until molten . aku cakap lagi ....  if once you turn your back you surrender yet gain

bersimpul manuk aku cuba ungkai kata pujangga yang padahal hanya BACA INGAT TULIS.

jangan jelik atau ejek , kau tahu? andy rubin pun dalam hati dia masih meniru bill gates , tiru apa?

jahat untuk aku kata tiru idea tapi mugkin tiru semangat . kau x paham ? memang ak x nak kasi paham


kau laung , dia laung , kita laung. kita laung.. yes ulang kita laung . kita laung atas dasar gagah kita atau masih berselimut di atas bayang orang . usah pentas layar perak sebab dimana mana mereka dan kita mampu berlakon.

 entah aku pun tak paham dengan apa aku kata . tapi aku suka

gagah, kita gagah atau dia sahaja yang gagah kita hanya pembancuh air yang mengharapkan dapat sijil antarabangsa? masih positf kita sama sama gagah .

aku masih gagah walaupun tadi welding besi aku agak menggigil . gagah untuk teruskan hidup sebab aku dah janji. aku dah janji aku sebagai khalifah . *play lagu janji khalifah*

aku nak kata, sebelas december keluar lah hantu segala hantu yang aku tempel tanpa gam dekat kertas exam pspm1. maka doakan aku . doakan agar aku masih gagah melangkah mungkin bukan sehebat tuah atau jebat . cuma aku nak aku . aku nak cerita kat cucu cicit aku bahawa nenek diorang pernah 4flat dalam matrix apatah lagi time degree nanti.

salam enslaved :)







JANGAN MATIKAN HATI


setiap yang hidup pasti menemui mati
seindah setiap pertemuan menemu akan perpisahan

hati kita hidup
hidup bagaimana kita menghidupkan hari penuh amalan
hati kita mahu
mahu disirami keimanan tanpa noktah jemu

hatikah kalau kita asyik ikut nafsu
masih berhatikah kita jika siang malam senja kita tiada sedetik untuk DIA.

air mata masih tidak pernah cukup untuk merawat hati
hati kita kecil
tapi jiwanya besar

tahu kita dengki kesenangan orang
tahu kita berbomoh menghancurkan kemewahan orang
asyik berdengki

hai hati, kenapa kita x dengki dengan hati lain yang penuh meluak akan keikhlasan
kenapa tiada sekelumat rasa dengki
jeling hati rakan
seiringkah hati kita dan dia?
siapa di garisan
siapa di penamat

celaru?
celaru dengan apa yang diperkatakan atau
celaru dengan hati sendiri yg masih menidakkan

bikan untuk bermegah
bukan untuk rasa 'hall of fame"
cuma ingin pesan
pada dasar hati kita sama
namun di seirat simpulan amalan
hati siapa yang bagus,.

aku rasa
aku tahu kau rasa
kita rasa hati kita semakin lemah
lemah dengan dugaan sampah syaitan

aku masih lemah
masih lemah untuk mengangkat hati aku sehebat SAHABAT
sebab tu aku mengajak
mengajak untuk kita sesama bina hati
hati penuh iman
penuh ilmu
penuh ikhlas
dan pastikan tiada hati yang mati
melainkan Allah yag mematikan kita sendiri

wallahualam.