JANGAN MATIKAN HATI


setiap yang hidup pasti menemui mati
seindah setiap pertemuan menemu akan perpisahan

hati kita hidup
hidup bagaimana kita menghidupkan hari penuh amalan
hati kita mahu
mahu disirami keimanan tanpa noktah jemu

hatikah kalau kita asyik ikut nafsu
masih berhatikah kita jika siang malam senja kita tiada sedetik untuk DIA.

air mata masih tidak pernah cukup untuk merawat hati
hati kita kecil
tapi jiwanya besar

tahu kita dengki kesenangan orang
tahu kita berbomoh menghancurkan kemewahan orang
asyik berdengki

hai hati, kenapa kita x dengki dengan hati lain yang penuh meluak akan keikhlasan
kenapa tiada sekelumat rasa dengki
jeling hati rakan
seiringkah hati kita dan dia?
siapa di garisan
siapa di penamat

celaru?
celaru dengan apa yang diperkatakan atau
celaru dengan hati sendiri yg masih menidakkan

bikan untuk bermegah
bukan untuk rasa 'hall of fame"
cuma ingin pesan
pada dasar hati kita sama
namun di seirat simpulan amalan
hati siapa yang bagus,.

aku rasa
aku tahu kau rasa
kita rasa hati kita semakin lemah
lemah dengan dugaan sampah syaitan

aku masih lemah
masih lemah untuk mengangkat hati aku sehebat SAHABAT
sebab tu aku mengajak
mengajak untuk kita sesama bina hati
hati penuh iman
penuh ilmu
penuh ikhlas
dan pastikan tiada hati yang mati
melainkan Allah yag mematikan kita sendiri

wallahualam.