lalang



mulanya semua indah belaka,
indah gula dari rasanya
manis kau hidang sampai mengorak bibir ke telinga
hari hari .

selang seli sulam manik dengan prejudis seangkatan
semua lagak hakim, eh aku lah yang betul
semua lagak legend, eh aku dulu pernah
kaki yang menapak tangan yang berurat ini diam
di neutron neutron kepala otak mula menari bersambung
keluar satu keluarga ayat
: eh yang kene ni aku ke kau?

laka laka
hati batu ini masih batu terus kaku 
sepuluh bunga pesanan kau beri, belum setangkai aku dengar
apa aku rasa aku rasa seronok
aku suka lantak aku
konon itu perinsip cengkap erat sampai mati
konon

((tarik cerita manis gula tadi))
manis manis gula , bukan gula yang rawat sakit
tersembul sendiri dari apa permainan kepala
aku pikir deja vu
rupanya masih bodoh x sedar lagi, hei aku malu

jangan cerita batu loncatan
cerita menarik tapi satu pun tiada madu yang lain semua sampah
hati mula langkah ke cermin lagi
pandang dalam dalam sampai sedar
ada lagi manusia yang lagi bodoh dari aku?
atau aku paling bodoh di dunia.

tepuk bahu aku dari belakang
"bukan kau, tapi mereka yang memperbodoh itu bodoh"

bila rasa pagar kau bina yang jaga kau
tapi pagar itu sangkar lalang bagi kau semak
tapi bagi kau oksgen
ok masih tengah tengah

kau mula bahagia dengan hidup hidup lalang
tapi kau salah sejuta kali
lalang tu bawak kau penyakit
lalang tu simpan segala permasalahan

terima kasih lalang .

paling


(kalau paham, bagus. kalau tak paham bagus, sebab biar aku sorang yang tahu)

lupa takat mana aku berpijak, cuma aku cuba kondak hati agar "ouhh plisss kau jangan hanyut lagi" . cerita sama aku, manusia mana hati nya batu? cerita sama aku manusia mana hati nya kaku? cerita lagi sampai tumbuh ulser di mulut,manusia mana hatinya boleh dicarca padu, boleh cerita?

aku pesan sekali lagi, aku manusia sama macam mana manusia yang ada kat dunia ni, yang memenuhi 30% bulatnya bumi ((maksud aku sfera)). manusia ada hati. bukan cerita pasal hati cuma cerita apa yang hati rasa, hati yang "kalau sakit , who cares?"

dunia kian tamak, tamak dengan manusia yang selalu jaga hati ini, sampai berdikari jaga hati sendiri. akal kata "tabah wahai hati, kau sedang diduga" , tapi hati sendiri bertanya , kenapa asyik aku yang sibuk jaga permasalahan dunia orang sedang aku dunia aku hidup aku siapa jaga?.

jenguh dengan lagak sendiri, letih dengan butakan mata, sebab satunya aku mahu sangat jaga hati aku sendiri, sampai tiba masyarakat andai sendiri sebelum bertanya, dunia kian maju tapi masalah dari dulu kita cuma pandai buat ciretera tanpa tahu siapa pelakon siapa pengarah siapa aku.

apa dunia masih ada ruang untuk siapa siapa yang suka 'paling' . tebu ddepan tapi hempedu di belakang. sekali lagi dunia mengeluh . apa nasib. buta aku cuma mainan. manusia maju kata "gua malas amik port, asal hidup gua bahagia" . bila celik, kau buta, bila pejam kau nampak segala. sakit . cuma sakit pun dah malas nak hinggap .

siapa caci depan, satu piala aku hadiahkan paling tidak dia bukan spisis spisis tebu ciplak . biar dunia namapak kita jahat, asal kita jujur , bukan untuk bukak aib tapi nasihat hati jangan menipu lagi . 

maafin diri ini


sini dunia, aku mahu prejudis, ((hahhaha))

kata sana pada jiran tetangga yang aku akan ada final pada 29 april,
bukan mahu pulut kuning atau ayam panggang (eh kalau ada, boleh gak) . aku cuma mahu minta jasa brader brader sister sister, maafin aku dong,

aku tahu aku punya salah itu seh selautan hindi, ya udah lah, aku penat berbahasa indon,

ok , aku rabiatul aini binti abdullah sani, aku tahu aku banyak salah, aku tahu aku bertalam muka sana sini, kalau org boleh kata x de siapa yang sempurna, kenapa aku tak boleh kata yang aku pun tak sempurna. aku minta maaf untuk semua, mana aku ada tersakit kan hati atau ada yang terkilan dengan sikap aku,ok dari hujung tudung sampai hujung stokin aku minta maaf . aku banyak menyusah kan orang, minta maaf, andai terbawa emo ke muka kirang,minta maaf kalau aku terluah baran aku tak semena, minta maaf kalau aku tercaci dekat twitter,minta maaf semua,

doakan aku untuk aku dan kwan kawan aku berjaya dunia akhirat, terima kasih

"ya Allah, kau berkati apa yang aku pelajari ilmu mu ya Allah, ya Allah, kau lapangkan dadaku seluas lautan agar aku mudah memahami apa yang aku belajar ilmu mu ya Allah, terangkan hati aku seperti mana kau menerangi alam ini untuk aku mudah menerima ilmu mu ya Allah, kau tajamkan akal aku minda aku, agar aku boleh ingat apa yang aku pelajari, kau jauhi niat aku dari belajar kerana peperiksaan, kau ikhlaskan niat diri ini agar menuntut ilmu kerana mu ya Allah, ya Allah, ibu bapa ku telah mendidik ku dari dalam kandungan, sehingga aku mengenalmu ya Allah, kau tempatkan lah ibu bapa aku disyurga mu , kau jauhi aku dan seluruh umat islam, yang sudah mati atau masih hidup dari seksaan kubur, azab nerak jahanam, jauhi dari fitnah dunia dan fitnah dajjal. kau hindari aku dan rakan rakan ku dari kekeliruan ketika menjawab peperiksaan, kau berkati apa yang kami belajar, kau buka hati kami agar terus redha dan tawakal pada mu ya Allah, kau berkatilah segala usaha kami untuk persediaan peperiksaan ini, kau tetapkan lah hatihati kami dengan jawapan jawapan yang tepat, kau berilah kami kejayaan di dunia dan di akhirat, kau mudahkanlah urusan kami di dunia dan diakhirat, ya Allah, kau ampunkan dosa dosa para pendidik kami, guru guru kami , mereka telah berkorban masa , harta untuk mendidik kami menjadi hamba mu yang berguna, mudahkan urusan dunia akhirat mereka, rabbana atina fi dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa kina azab annar , aminn "

sudah bilang


aku dah bilang dulu
kan aku dah kata
dulu aku dah cakap

terima kasih insan yang sudah pesan, salah diri mana tahu erti jaga jaga, tahu redah, mulut bebel, kisah pulak aku

aku kene suda, bertubi, berkali, entah bila mahu putus, atau dunia sudah kata dari aku masih jadi zaigot yang aku akan kene

bodoh aku , aku dah tahu , cuma aku masih terus berbodohan demi hati aku , bukan, hati aku makin sakit, cuma aku mahu aku kuat

bukan aku seorang mahu ini jadi, tanya persatu, semua kata "gila. mesti lah tak nak"

aku dulu cuma pandai menasihati, bila aku merasa, aku lupa apa yang aku nasihat pada orang, cuma tanya apa kau baca baca. indah perkabaran dari rupa, aku memang tahu itu, cuma aku masih belum berpengalaman, apa aku tahu terima kasih cipta satu kenangan mana satu ia jadi duri.

dulu bukan kemain aku punya sakit sampai aku kau kini macam aku pendahuluan kau indeks, yang entah bila mahu ketemu. jauh

hahhahahah (gelak paksa kene tepuk bahu sikit)

aku mahu bicara, aku punya impian yang masih tinggi, kau tahu tingginya impian aku 48 kali bulan mengambang masih belum sampai intro impian aku, tolong aku brader brader sister sister sekeliling dunia untuk aku capai puncak impian aku, ye lah, nanti aku tolong kau capai apa kau nak,

aku punya mata, aku nampak sekeliling aku . aku banyak terasa, sampai sekarang aku masih fikir siapa aku untuk aku luah nangis nangis, untuk aku tumpang bahu orang. hanya bucu bantal peneman kesat air mata dalam gelap, atau renda telekong jadi peneman jika aku luah segala.

aku bukan sedih, cuma aku tahu aku ada pencipta yang sentiasa tunggu aku , yang tahu apa aku pinta, yang tahu apa yang aku luah, hanya DIA yang tahu cara penyelesaian,

(tetiba aku rasa encik mimpi buat lagu semua untuk aku )

aku bukan pendedam sampai cipta nuclear campak mulut kau,aku bukan mahu perli siapa, aku mahu luah yang ada pada diri, untuk aku hilang dari terfikir campak acid pada orang.

aku mahu tanya, apa kalau orang jahat, bila mahu jadi baik, kita kena gelak eh? dunia nak apa sebenarnya, bila jahat kutuk semacam, bila jadi baik, tanya "berapa kali jumaat ini" , sesal.

maaf ini bukan entry pasal patah hati, patah hati dulu dah lama aku buang jauh jauh sampai aku sekarang sudah betul betul hati batu, siapa dulu asyik bilang aku hati batu, ha? hahahha

aku cuma cari ruang mana aku mahu orang dengar resah aku, tapi waktu sama aku tak mahu semua tahu, sebab "ini blog aku seh, kau kisah apahal?"

bodoh lah diri ini, lagi nak final lagi fikir macammacam, hishhh

eh sudah,aku mahu bukak entry lain