sudah-sudah lah


kadang-kadang kita takut untuk berseorangan,
takut ditindas,
takut tiada teman
takut takut takut

bila hati mula kenal kehidupan
kau rasa bertuahnya jika kau berseorangan
kau tidak perlu jaga hati siapa
kau tak perlu iakan segala apa mereka bodohkan pada kau
kau tak perlu buang masa
kau tak perlu apa itu persahabatan penuh hipokrit
KAU TAK PERLU TAHU!

kenapa aku cuma diberi kesempatan sekejap sahaja
sekejap untuk rasa manisnya ukhuwah
kenapa ukhuwah yang manis sudah hilang
diganti dengan palsunya ukhuwah
palsunya persahabatan

buat apa aku sedih
mereka akan mati juga
aku bukan minta apa-apa dari mereka

aku ada Allah
yang tiap masa boleh aku tenang
bila bila masa boleh bagi aku kesedaran
yang boleh bagi kebahagian


gentle cakap depan lah


hari-hari aku tahan
setiap pahit sengketa
kita berdua
sebab hidup aku
cuma ada kau
dan kau
dan masih kau

kenapa?
kenapa aku diamkan dan terus angguk
sebab aku punya darah
darah yang mengalirnya dipenuhi amarah
setiap bual bicara
aku cuba
'itu gurau, buat apa terasa?'

tapi kalau katak pun pandai jemu panggil hujan
apatah lagi aku perlu hadam caci kau
aku tak kuat mana kawan-kawan kau
yang boleh gelak sama dicaci

satu buat aku rasa dihina
perlu kau terasa dengan apa aku rasa?
sedang aku berleter tentang maaf
bila kau?
ada kau ungkap?
kau cuma
'lantak sana aku peduli apa'

kalau satu patah buat kau terasa
sini beribu jari mohon maaf
kau sedikit tidak hargai
kau bagus kan?

setiap teman rapat aku
kau cantas
sampai akhir aku keseorangan
mula kata aku bongkak
tak mahu bergaul sama picisan

sila buang segala negatif kau pada aku
aku bongkak?
sedang kau tak habis cerita semua hebat kau
kau yang ungkit semua kisah silam aku
sedang aku iya terus gelak
'member kan?'

pemberian aku semua kau tolak
tapi sebar propaganda kata aku sorok nkmat
apa kau ni?
kau tak puas hati sama aku?
satu aku mahu ucapkan

-- GENTLE CAKAP DEPAN LAH SIAL!