sudah-sudah lah


kadang-kadang kita takut untuk berseorangan,
takut ditindas,
takut tiada teman
takut takut takut

bila hati mula kenal kehidupan
kau rasa bertuahnya jika kau berseorangan
kau tidak perlu jaga hati siapa
kau tak perlu iakan segala apa mereka bodohkan pada kau
kau tak perlu buang masa
kau tak perlu apa itu persahabatan penuh hipokrit
KAU TAK PERLU TAHU!

kenapa aku cuma diberi kesempatan sekejap sahaja
sekejap untuk rasa manisnya ukhuwah
kenapa ukhuwah yang manis sudah hilang
diganti dengan palsunya ukhuwah
palsunya persahabatan

buat apa aku sedih
mereka akan mati juga
aku bukan minta apa-apa dari mereka

aku ada Allah
yang tiap masa boleh aku tenang
bila bila masa boleh bagi aku kesedaran
yang boleh bagi kebahagian


gentle cakap depan lah


hari-hari aku tahan
setiap pahit sengketa
kita berdua
sebab hidup aku
cuma ada kau
dan kau
dan masih kau

kenapa?
kenapa aku diamkan dan terus angguk
sebab aku punya darah
darah yang mengalirnya dipenuhi amarah
setiap bual bicara
aku cuba
'itu gurau, buat apa terasa?'

tapi kalau katak pun pandai jemu panggil hujan
apatah lagi aku perlu hadam caci kau
aku tak kuat mana kawan-kawan kau
yang boleh gelak sama dicaci

satu buat aku rasa dihina
perlu kau terasa dengan apa aku rasa?
sedang aku berleter tentang maaf
bila kau?
ada kau ungkap?
kau cuma
'lantak sana aku peduli apa'

kalau satu patah buat kau terasa
sini beribu jari mohon maaf
kau sedikit tidak hargai
kau bagus kan?

setiap teman rapat aku
kau cantas
sampai akhir aku keseorangan
mula kata aku bongkak
tak mahu bergaul sama picisan

sila buang segala negatif kau pada aku
aku bongkak?
sedang kau tak habis cerita semua hebat kau
kau yang ungkit semua kisah silam aku
sedang aku iya terus gelak
'member kan?'

pemberian aku semua kau tolak
tapi sebar propaganda kata aku sorok nkmat
apa kau ni?
kau tak puas hati sama aku?
satu aku mahu ucapkan

-- GENTLE CAKAP DEPAN LAH SIAL!


lidah


bicara pada seluruh umat
diskusi semua cela aku
kau malaikat tak putus buat baik
itu kau kan?
aku ni pengemis syahdu hodoh
belum bertukar detik sudah mula silap baru

kau ada lidah
guna lah
cerita semua
perli sampai kau puas
dapat tahu mana satu
sakit hati mana satu pengkhianat sejati

teruskan langkah acah kau
tunjuk pada gelombang dunia
kau malaikat
tunjuk
pada sebalik dasar
biar aku simpan rapi apa kau laku
semua jenis buruk cacat
aku hadam sendiri
aku bukan malaikat yang boleh tarik nyawa kau bila


mana baik aku
kau cantas lah
pantul pada sahsiah kau
biar semua polemik positif
merembes ke kau
aku masih mereput mencari identiti

perli tu kan makanan kau
makan lah selagi perut mana rasa tahan
tahan hadam semua cerca kau
kau kan malaikat
lupa ke?
kau malaikat
aku ni pengems syahdu yang hodoh

ku sentiasa betul
aku tak pernah betul
atau sentiasa salah
--pergi mati 

maaf


kalau malam itu terus sepi,
aku nasihat rakus
jangan sekali pandang yang dulu,
yang dulu hanya kita
melakar pelangi bahagia.

kalau malam masih terus sepi
jangan sekali kau selak
bual bicara kita dahulu
takut kesudah kau rasa menunggu

kalau malam tak jemu menyepi
satu aku pesan
teruskan jalan
buat apa menanti yang tak kan datang
itu menyakitkan

kalau dulu kita bahagia
bukan dongeng untuk terus bahagia
aku ini setan
setan yang tidak henti sakitkan hati
kau itu kain suci
yang asyik mendamba cinta kasih murni

berhenti semua
bukan aku paling
pada orang lain
memang dari dulu
aku rasa pasir antara kau dan aku
tiada apa
kosong
tolong,
jauh pergi sana
jangan tunggu takut kau kematu.

ripple


u know abt ripple? bla bla bla bla. btw im just getting my annoying feel, of course abt she HAHAHAHA, im so cruel? u dk abt my story babe.

everyone know if ur friends or other person have did some mistakes, we should advice her or him politely or so what ever lah kan,

i hated with this girl, yeahh i know she was right and always right, but sometimes i feel that she just do that for dapat pujian or other word maybe ripple (huhhh). she is so fake babe, aku tahu lah aku buat salah, cara kau nak advice aku , i think u should not dgn cara sarcasm, u get it? pedih lah bodoh.

dah lah aku x suka cerita pasal perempuan tu, sakit, bai

privacy


i know everyone have known about what is privacy, and yes everyone have their own privacy, before this i have no any problem about my privacy, have no one to harp about my problem, yes i love that.

no! i don't want to tell about a person disturb my time no, i don't care bout that, am just like to highlighted about a person who busy body and the best thing ever fucking annoy she did, she was read all my conversationssss, what the hell babe?

it is all up to me i want to chat dengan siapa, nak tanya assignment dengan siapa, yang kau perempuan sesuka hati menyibuk kenapa?  im so upset why i must know you, why am so open hearted with you hahha pleasing to give my password, and at last, u did that, at last!

i dont care about that, but ur mouth, u tell evryone that i had chat with that guy, no am don't have any feeling with that guy, the same time u tell to others bout my conv... do you feel that what their will think? and yes did you feel this is TABUR FITNAH GENG?

YES FUCKING GIRL. THIS IS MY PRIVACY. SO WHAT?

go die who still this is small matter, you are not in my shoes! ini baru cebisan bende bodoh dia buat kat aku, banyak lagi weh, perlu ke aku cerita semua? no!

moral pliss pliss imej yang kau nampak so muslimah jangan fikir dia pandai jaga hati kita, hidup ni penuh hipokrit, and jangan percaya sesiapa!

impression


to know someone or before any taa'rufs u have totally, i think the wajib things did have in our mind are yes our impression. either negatively or positively. how our mind interpret it actually based on what their did, i mean ok like these

she/he talks nicely or politely, what do u think about this person? of course she/he is so kind, we can be friend. we get easy to cooperate with him or her.

she/he starts with swank attitude actually? we can assume he or she so poyo and you can go lah right?

(i thought giving 2 examples are totally enough)

focusing my first hujah (argument)
even who u are ? what age u have? how many experiences u have or what ever lah, we should give a good attitude there is mean tak perlu sombong kot, she does smile at you, even she does not know who u are, but u just keep smiling back at her, its so enough babes.

ok. we get so angry and become temper when people keep judging us padahal they did not know about ourselves. did u conscious? they keep our story and tabur segala benih bad news about us are base on their impressions. plis remember what had we did at the first met.

the best perkara i want to highlighted is kau tak payah annoying gila boleh? being normal dah lah, pretend so what they called yess pretend to be otai, padahal we are same. sorry

hujung cerita, where or when first impression can be influence all the silaturahim.

sorry for everything

biasa



sebab mulut kita sudah biasa dengan kutukan dengan umpatan dengan jejehan cerita mana betul mana tidak, mulut kita dah terbiasa.

fikiran kita dah lali dengan sangka buruk, dah cukup hadam dengan mentaliti bawah tempurung, yang paranoid tak tentu pasal, yang terlampau negatif.

minda kita dah basi dengan momokan upaya sendiri, asyik fikir kita lemah, dia hebat, aku bodoh, dia pandai, padahal dia lagi teruk dari kita. sedar?

(aku cakap pada diri aku)

cuba paling minima kita set pada jiwa raga yang kita boleh, yang kita legend, bukan angkuh, tapi untuk motivate diri sendiri.


lalang



mulanya semua indah belaka,
indah gula dari rasanya
manis kau hidang sampai mengorak bibir ke telinga
hari hari .

selang seli sulam manik dengan prejudis seangkatan
semua lagak hakim, eh aku lah yang betul
semua lagak legend, eh aku dulu pernah
kaki yang menapak tangan yang berurat ini diam
di neutron neutron kepala otak mula menari bersambung
keluar satu keluarga ayat
: eh yang kene ni aku ke kau?

laka laka
hati batu ini masih batu terus kaku 
sepuluh bunga pesanan kau beri, belum setangkai aku dengar
apa aku rasa aku rasa seronok
aku suka lantak aku
konon itu perinsip cengkap erat sampai mati
konon

((tarik cerita manis gula tadi))
manis manis gula , bukan gula yang rawat sakit
tersembul sendiri dari apa permainan kepala
aku pikir deja vu
rupanya masih bodoh x sedar lagi, hei aku malu

jangan cerita batu loncatan
cerita menarik tapi satu pun tiada madu yang lain semua sampah
hati mula langkah ke cermin lagi
pandang dalam dalam sampai sedar
ada lagi manusia yang lagi bodoh dari aku?
atau aku paling bodoh di dunia.

tepuk bahu aku dari belakang
"bukan kau, tapi mereka yang memperbodoh itu bodoh"

bila rasa pagar kau bina yang jaga kau
tapi pagar itu sangkar lalang bagi kau semak
tapi bagi kau oksgen
ok masih tengah tengah

kau mula bahagia dengan hidup hidup lalang
tapi kau salah sejuta kali
lalang tu bawak kau penyakit
lalang tu simpan segala permasalahan

terima kasih lalang .

paling


(kalau paham, bagus. kalau tak paham bagus, sebab biar aku sorang yang tahu)

lupa takat mana aku berpijak, cuma aku cuba kondak hati agar "ouhh plisss kau jangan hanyut lagi" . cerita sama aku, manusia mana hati nya batu? cerita sama aku manusia mana hati nya kaku? cerita lagi sampai tumbuh ulser di mulut,manusia mana hatinya boleh dicarca padu, boleh cerita?

aku pesan sekali lagi, aku manusia sama macam mana manusia yang ada kat dunia ni, yang memenuhi 30% bulatnya bumi ((maksud aku sfera)). manusia ada hati. bukan cerita pasal hati cuma cerita apa yang hati rasa, hati yang "kalau sakit , who cares?"

dunia kian tamak, tamak dengan manusia yang selalu jaga hati ini, sampai berdikari jaga hati sendiri. akal kata "tabah wahai hati, kau sedang diduga" , tapi hati sendiri bertanya , kenapa asyik aku yang sibuk jaga permasalahan dunia orang sedang aku dunia aku hidup aku siapa jaga?.

jenguh dengan lagak sendiri, letih dengan butakan mata, sebab satunya aku mahu sangat jaga hati aku sendiri, sampai tiba masyarakat andai sendiri sebelum bertanya, dunia kian maju tapi masalah dari dulu kita cuma pandai buat ciretera tanpa tahu siapa pelakon siapa pengarah siapa aku.

apa dunia masih ada ruang untuk siapa siapa yang suka 'paling' . tebu ddepan tapi hempedu di belakang. sekali lagi dunia mengeluh . apa nasib. buta aku cuma mainan. manusia maju kata "gua malas amik port, asal hidup gua bahagia" . bila celik, kau buta, bila pejam kau nampak segala. sakit . cuma sakit pun dah malas nak hinggap .

siapa caci depan, satu piala aku hadiahkan paling tidak dia bukan spisis spisis tebu ciplak . biar dunia namapak kita jahat, asal kita jujur , bukan untuk bukak aib tapi nasihat hati jangan menipu lagi . 

maafin diri ini


sini dunia, aku mahu prejudis, ((hahhaha))

kata sana pada jiran tetangga yang aku akan ada final pada 29 april,
bukan mahu pulut kuning atau ayam panggang (eh kalau ada, boleh gak) . aku cuma mahu minta jasa brader brader sister sister, maafin aku dong,

aku tahu aku punya salah itu seh selautan hindi, ya udah lah, aku penat berbahasa indon,

ok , aku rabiatul aini binti abdullah sani, aku tahu aku banyak salah, aku tahu aku bertalam muka sana sini, kalau org boleh kata x de siapa yang sempurna, kenapa aku tak boleh kata yang aku pun tak sempurna. aku minta maaf untuk semua, mana aku ada tersakit kan hati atau ada yang terkilan dengan sikap aku,ok dari hujung tudung sampai hujung stokin aku minta maaf . aku banyak menyusah kan orang, minta maaf, andai terbawa emo ke muka kirang,minta maaf kalau aku terluah baran aku tak semena, minta maaf kalau aku tercaci dekat twitter,minta maaf semua,

doakan aku untuk aku dan kwan kawan aku berjaya dunia akhirat, terima kasih

"ya Allah, kau berkati apa yang aku pelajari ilmu mu ya Allah, ya Allah, kau lapangkan dadaku seluas lautan agar aku mudah memahami apa yang aku belajar ilmu mu ya Allah, terangkan hati aku seperti mana kau menerangi alam ini untuk aku mudah menerima ilmu mu ya Allah, kau tajamkan akal aku minda aku, agar aku boleh ingat apa yang aku pelajari, kau jauhi niat aku dari belajar kerana peperiksaan, kau ikhlaskan niat diri ini agar menuntut ilmu kerana mu ya Allah, ya Allah, ibu bapa ku telah mendidik ku dari dalam kandungan, sehingga aku mengenalmu ya Allah, kau tempatkan lah ibu bapa aku disyurga mu , kau jauhi aku dan seluruh umat islam, yang sudah mati atau masih hidup dari seksaan kubur, azab nerak jahanam, jauhi dari fitnah dunia dan fitnah dajjal. kau hindari aku dan rakan rakan ku dari kekeliruan ketika menjawab peperiksaan, kau berkati apa yang kami belajar, kau buka hati kami agar terus redha dan tawakal pada mu ya Allah, kau berkatilah segala usaha kami untuk persediaan peperiksaan ini, kau tetapkan lah hatihati kami dengan jawapan jawapan yang tepat, kau berilah kami kejayaan di dunia dan di akhirat, kau mudahkanlah urusan kami di dunia dan diakhirat, ya Allah, kau ampunkan dosa dosa para pendidik kami, guru guru kami , mereka telah berkorban masa , harta untuk mendidik kami menjadi hamba mu yang berguna, mudahkan urusan dunia akhirat mereka, rabbana atina fi dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa kina azab annar , aminn "

sudah bilang


aku dah bilang dulu
kan aku dah kata
dulu aku dah cakap

terima kasih insan yang sudah pesan, salah diri mana tahu erti jaga jaga, tahu redah, mulut bebel, kisah pulak aku

aku kene suda, bertubi, berkali, entah bila mahu putus, atau dunia sudah kata dari aku masih jadi zaigot yang aku akan kene

bodoh aku , aku dah tahu , cuma aku masih terus berbodohan demi hati aku , bukan, hati aku makin sakit, cuma aku mahu aku kuat

bukan aku seorang mahu ini jadi, tanya persatu, semua kata "gila. mesti lah tak nak"

aku dulu cuma pandai menasihati, bila aku merasa, aku lupa apa yang aku nasihat pada orang, cuma tanya apa kau baca baca. indah perkabaran dari rupa, aku memang tahu itu, cuma aku masih belum berpengalaman, apa aku tahu terima kasih cipta satu kenangan mana satu ia jadi duri.

dulu bukan kemain aku punya sakit sampai aku kau kini macam aku pendahuluan kau indeks, yang entah bila mahu ketemu. jauh

hahhahahah (gelak paksa kene tepuk bahu sikit)

aku mahu bicara, aku punya impian yang masih tinggi, kau tahu tingginya impian aku 48 kali bulan mengambang masih belum sampai intro impian aku, tolong aku brader brader sister sister sekeliling dunia untuk aku capai puncak impian aku, ye lah, nanti aku tolong kau capai apa kau nak,

aku punya mata, aku nampak sekeliling aku . aku banyak terasa, sampai sekarang aku masih fikir siapa aku untuk aku luah nangis nangis, untuk aku tumpang bahu orang. hanya bucu bantal peneman kesat air mata dalam gelap, atau renda telekong jadi peneman jika aku luah segala.

aku bukan sedih, cuma aku tahu aku ada pencipta yang sentiasa tunggu aku , yang tahu apa aku pinta, yang tahu apa yang aku luah, hanya DIA yang tahu cara penyelesaian,

(tetiba aku rasa encik mimpi buat lagu semua untuk aku )

aku bukan pendedam sampai cipta nuclear campak mulut kau,aku bukan mahu perli siapa, aku mahu luah yang ada pada diri, untuk aku hilang dari terfikir campak acid pada orang.

aku mahu tanya, apa kalau orang jahat, bila mahu jadi baik, kita kena gelak eh? dunia nak apa sebenarnya, bila jahat kutuk semacam, bila jadi baik, tanya "berapa kali jumaat ini" , sesal.

maaf ini bukan entry pasal patah hati, patah hati dulu dah lama aku buang jauh jauh sampai aku sekarang sudah betul betul hati batu, siapa dulu asyik bilang aku hati batu, ha? hahahha

aku cuma cari ruang mana aku mahu orang dengar resah aku, tapi waktu sama aku tak mahu semua tahu, sebab "ini blog aku seh, kau kisah apahal?"

bodoh lah diri ini, lagi nak final lagi fikir macammacam, hishhh

eh sudah,aku mahu bukak entry lain


terima kasih


tidak pernah ku rasa aku rasa aku rasa macam apa aku rasa
inspirasi post mungkin datang dari neeta. cuma terima kasih atas segalanya

semua aku simpan di dalam hati, segala moment cinta hati gelak riang  tawa, biar tampal retina aku pandang,

perasaan yang begini tulus aku kawan dengan semua, ubah hidup ,
aku punya masalah tiada satu orang aku cerita , bila semua disisi aku rasa masalah terukir hilang

aku kalah pada coretan sosial aku disini, luar nampak teguh tapi dalam rapuh,
penuh senyuman, oh sayang datang lah aku rindukan dirimu.

(( x boleh lah, sbb telinga tengah dengar terima kasih-iamneeta ))
(( nak feel mohon playlist cari lagu terima kasih))

satu satu harungi cuma aku lari kadang sebab aku mahu aku sorang rasa sakit masalah diri
bukan marah pada semua. bukan

(( relakan jiwa -hazama))

maksa diriku, dalam arah yang aku benak, maaf semua kalau aku bentak
kini kau hadir dalam suram mimpi ngeri
kepalung asrama
 
 ( ahhh keling lah entry)

kbai

buruk


mulut tu macam rumpai, asyik bergerak, asyik mengata, asyik lah asyik

pesan aku pertama, ini random, kala terasa, kita sama, sebab aku pun terasa

kene tahu dunia ni macam2, macam orang macam perangai, muka lagi lah bertalam, bukan nak salah siapa, cuma nak salah diri, kenapa asyik kutuk orang sedang aku berdiri sama melakukan bersama malah lagi hmmm teruk

wahai mulut, berhentilah
berhentilah kata pada lubang lubang kotoran cela orang,
kau cerita semuanya apa kau benci
bila aku toleh kau buat benda yang sama , apa kau??

ulang hari hari manusia mana yang sempurna, apa hidup ini rata nak kasi semua baik, sedang kita yang baik asyik gelak kutuk caci bisik dia yang teruk, kita kene tahu DIA kasi kita baik untuk kita angkat khalifah pada diri untuk tegur mana silap mereka

kita patut sangat gelak pada diri yang kita ni lemah looser noob gila petala lapan, sebab takut nak tegur, lol lah weyh, hodoh gila diri kita ni , acah baik cerita buruk orang sedang kita di hijab dari tahu mengumpat itu lagi lah dosa , lol lol lol

((tarik nafas))

aku pesan pada diri, eh kau x yah terasa sangat,

cuma pesanan kudus lagi sampah dari aku, kita as islam , berani kan diri untuk amar makruf nahi mungkar, assalam !

biar patah hati


saya ok , hari hari saya ok
aku ok, aku bukan nya gila bayang sampai x nampak bayang sendiri, sebab orang kata suka itu fitrah, aku jalani fitrah macam biasa.

cuma hati terkilan hati rasa apebende seyh , bila kau jaga kasut kau , kau susun kat rak, tapi kasut tetap kene pijak, tak. sebenarnya perumpamaan aku tak menjadi

pergi sana lah jauh jauh , kau nak buat apa, acah study, acah awak saya, acah im falling, acah gravity bla bla bla , pergi sana mati.

cuma aku pesan, kau kalau kau suka dia, kalau ok kalau, dah lah tak payah sakitkan hati dia, bukan kata aku mental, cuma aku rasa x payah tunjuk kau bagus kau boleh main jantung orang

pernah nampak orang tweet "dunia ni bulat" ?. kau baring jap, kau pikir apa maksud  dunia itu bulat . takut bulat tu bergolek kene muka kau jadi hodoh terus kene caci maki .

aku bukan patah hati sebab bapak aku yes bapak aku, mama aku ada untuk kol hari hari kata "belajar betul2, ingat pesan mak ayah, mak sayang akak , ayah sayang akak" so kau tak payah perasan apa kau buat boleh buat aku selingkuh. sorry ok .

wa kholaqnakum azwaja : Allah jadikan hambanya berpasangan.

so ada apahal, aku tak rasa apa apa, cuma aku rasa kau perempuan jaga betul betul yang kau perempuan, sudahlah jangan mainkan hati laki. biar kasar kelat hempedu. asal bukan kau perempuan yang merembat .

bahasa kasar, yes kasar . sebab biar kali ni aku kasar .

ini pesanan acah syahdu leleh, beb, kau suka dia, kau jaga dia, sebab aku marah, kau banyak sangat mainkan hati lelaki, takut KONON KONON pujangga hati aku pun kau buat sekadar hiasan gelak tawa di utara.

salam,


pujaan


hei pujaan
pujaan sana pujaan sini
aku tak tahu kenapa
tapi aku coret bukan untuk kau
tapi untuk semua yang punya pujaan

bukan . aku cuma mahu ucap semoga berjaya
kau itu di luar sana
jauh di panas terik negara orang
tapi awal tahun kau rasa juga salji . tahniah

jangan main pasir sangat
(( apa punya pesanan))
mana tahu mahu buat parodi ayat ayat cinta . kita tak tahu
hahhahhahhah

hei pujaan, 
aku ulang belajar elok elok
ketemu jodoh nanti jangan lupa bilang sama aku

hei pujaan
aku malu lah tulis ni. ok lah bai 
salam dari malaysia.

retina

setiap tahun negara habiskan berapa ribu untuk bunga api .
konon konon sambut tahun baru lagi 
lagi 
dan lagi

tahun itu berganjak , otak kita bila nak seiring
otak sudah seiring itu mata itu mata yang punya retina bila mahu seiring
mata hanya tahu piulih yang cantik , ya bagus sama sekali
tapi cukup bagus kalau kita asing ikut zahir yang Allah hadiahi sejak azali

masih ada manusia yang dirinya tak seberapa yang sama pada semua
asyik hakimi orang ikut apa yang dia suka

pantang hodoh,hidung pipi terserong serong laju kau tolaknya
pantang lawa kacak kaya laju kau hampirinya, 
itu kau bilang mahu kejar apa itu wawasan 2020? 
petahikan.

hei cuba kau pandang langit 
aku tanya kau kalau yang hodoh itu punya hati sangat dekat sama tuhan kau nak kata apa?
kalau lawa itu tapi tuhan dia tinggal, kau mahu lagi bersama?

kau tahu cermin kau menipu
yang kau tatap hari hari itu sementara
yang kau belek muka setiap hari
suatu hari akan tinggal tengkorang yang ngeri
kalau kau masih mahu percaya, ikutlah.

ini nota pada aku, kalau tak buat , tak perlu terasa acah sampai sembilu kasih
aduh pelik pelik manusia

sudahlah berangan menjadi hakim mahkamah negara 
asyik mahu adili orang

sini kau sini
kita mula hari ni pandang saja hati pandang saja kebaikan 
biarkan keburukan
yang dibenci perkara yang dilakukan
bukan si pelaku
sudah lah aku haus 
ok bai

dah ke belum

dulu aku tak nafi . kau ceria aku ceria . kau suka aku suka. kau sedih ya aku mungkin sedih  juga. aku sedih hmm kau sedih juga ((rasanya)). lawak separa 5 bintang jadi salam perkenalan. ikhlasnya hati tu peehhhhh sedap .

dulu setiap langkah kau pergi, tanya "nak kemana? dengan siapa? buat apa? kau tengah apa? lawakke? cuba cerita" pastu aku jadi minah joyah tak tahu malu di tengah bulatan orang lalu ceritain semua suka mungkin sikit duka. sebab bagi aku kau dan aku tiada yang duka . semua suka  .  SEMUA

drop itu makanan kita, gelak itu vitamin kita , sapaan itu kalsium kita , ejek itu pencuci mulut kita, itu tak sangat manis. ada yang lebih gula bila kita mahu perang bersama. kita satu team dimana kita berada kita selak senjata buku bersama. kita terjah bilik2 sarjan tanya pelbagai strategi soalan ketika perang . yes perang pspm. selami konflik soalan bersama, kongsi air bersama, order makanan bersama, indah nya itu.

kau ingat lagi kita bertiga ntah berempat tapi aku nak kita zoom biar nampak kita hanya berdua sahaja. kau ingat lagi moment kita.. kita menjadi suara terkuat  menyorak gerombolan pemain hoki kita , kita pergi masyarakat menjaja hasilan mereka, kita naiki teksi bersama. indah ! :) suka?

kau ingat bila kau atau aku masih takut mahu ke tandas ( hah taknak ngaku ak yang takut) kita masih setia menemani sampai ke syurga syaitan itu. pehhh sweet . kau ingat masa aku durjana kau nyorok alat peranti kau, kau mahu nangis kot . dan aku pulangkan . yes . waktu tu kau x makan habis nasi goreng.

kau ingat masa kau jumpa pujangga hati si penyelia asrama kau rasa mahu ulang balik cerita (macam astro) setiap masa sampai ku bisa hafal. aku tak kisah . kau ingat bila kau coba coba skandal aku dengan siapa ntah aku pun masih senyum. sebab aku tak pernah kisah. aku sayang kau macam laut , laut yang tak pernah putus

kau ingat waktu kau sedih akan negerimu dilanda bah, aku rasa aku pun sedih seolah negeriku pun turut merasa. aku kalau boleh  tak mahu nampak kau sedih . hmmmmm aku sedih jugak time tu .

aku masih ingat lagi cerita cerita indah kau di francais, cerita cerita kau bersama keluarga kau., betapa teruknya kau sampai tak bisa ke bergaul sampai penuh mainan dirumah  hahahhaha

melihat momen momen kau di tingkatan empat . paling ayu kalau tak silap , sungguh ayu !  aku bahak bak hang , kau pandai buat aku gelak tak pernah putus .

banyak lagi momen. silap aku  tak pernah tampal pada diari setiap saat ak ada kau . sebab ak rasa aku yakin kau ada paa aku setiap hari masa . cuma mood aku kdang kadang harus dipersetan .

itu dulu lahh dulu sangat .. tahun lepas, ini 2014
ntah memang takdir yag sudah bilang kita ada sedikit paling wajah
sudah takdir kita menjadi orang asing yang nama pun belum tahu
kembali pada asal aku yang tak pernah kenal kau , kau yang tak peduli pada aku . kita tak kenal

bukan mahu simpati tapi aku mahu kata aku penat setiap hari aku menangis , sampai orag jeling 
"kau ngantuk sangat ke ? sampai sembap mata" 
aku senyum, aku cuma kata boringlah ini waktu sampai aku mahu lena
yang paham hanya jeling senyum leret hmmm

bila yang tahu kenapa? aku rasa maas nak ucap, sedih aku rasa sakit sebab aku jarang sedih
aku sentap
sentap bila kau mentah mentah halau jemari aku, 
sentap bila aku tanya kau kau pandang tempat lain,
sentap bila kau pura pura borak dengan orang lain bila aku cuba hampiri
sentap lagi bila kau cakap dengan orang lain , sedang kau langsung x layan aku.

aku ni siapa? aku ni siapa? aku ni siapa?
aku akui lagi aku silap
aku buat kesan duka pada diri kau
aku main hati perasaan kau , aku macam hina kau
aku tak sangka kau punya sakit sampai sekarang
sebab aku masih cuba buat lawak lawak biasa,
aku silap, aku bodoh , aku bangang, aku bodoh bodoh ,

aku usaha sepenuh hati minta maaf, tinggal belum kasi lamborgini je kat kau
lain semua sudah aku bagi
ok aku tipu
tapi cakap lah kalau kau benci jangan buat aku gantung di langit
rasa tekak tergantung, sakit
aku jadi hilang fokus di tutoran
bukan salah kau, tapi salah aku yang sakitkan kau

kau masih buat tak tahu 
kata maaf aku pun kau rasa jemu rasa muak
aku takut, aku takut sabar aku menjinak jadi pekasam dendam
pekasam "aahhhh sudah lah pergi mati"
ouh jangan kasi jiwa aku kata itu,
aku takut aku maknakan ia
jangan.

sahabat kau tahu, aku sedih aku sedih aku sedih . aku rasa perigi air mata aku hilang, atau sudah habis dimamah rasa sesalan, aku cuma kata, kau uat apa pun pada aku kau sahabat aku sapai syurga, sayang kau sampai syurga , :) 


dah maafkan aku ke belum?

((maaf kalau silap ejaan, aku pemalas untuk semak kembali))
  

layang layang


kau aku masih sama menjadi layang layag
layang layang takdir yang bergantung sepenuh pada tali
hilang tali hilang kawalan hilang semua

layang bisa terbang tanpa angin?
angin itu semangat kasi layang layang terbang
kesian layag layang
hilang angin hilang tali hilang hidup
mati

kalau kau dan aku layang layang
kau masih buta
kau x nampak ke hidup kita bergantungan
kita masih bergantung
bergantung bukan atas dasar kerja kerja kontrak
tapi bergantung di atas janji khalifah di pintu masuk bumi
yang dulu hanya punya langsir tangisan

itulah layang layang
hanya bergantung
kau hilang tempat mana mahu gantung semula jadi kau pergi
pergi hilang identiti

marah?
sudahlah weyh
kau aku masih sama
kalau layang layang kau tinggi itu nasib
ntah nasib angin atau nasib tali
aku cuma layang layang yang bisa terbang sejengkal dari akal
sedihlah jugak
mungin sebab layang layang ku berat dengan ekor yang mengheret
atau kanan kiri ku masih tak seimbang
salah pencatat?
gila. salah kitalah !

kau jangan angkuh tolong.
aku tidak bisa sekat bayu
tapi aku bisa kasi dua itu tali yang puncanya satu
hmmmm

masih bingung. begini . kau pandang diri, pandang atas pandang hati
kau rasa siapa yang bisa mati dan hidupkan kita?
macam layang layang kan kita?

cuma akhir nota kaki
jika atas atau bawah ingat !  ada yang bisa putuskan tali

secoret huduh dari aku salam enslaved :)