dah ke belum

dulu aku tak nafi . kau ceria aku ceria . kau suka aku suka. kau sedih ya aku mungkin sedih  juga. aku sedih hmm kau sedih juga ((rasanya)). lawak separa 5 bintang jadi salam perkenalan. ikhlasnya hati tu peehhhhh sedap .

dulu setiap langkah kau pergi, tanya "nak kemana? dengan siapa? buat apa? kau tengah apa? lawakke? cuba cerita" pastu aku jadi minah joyah tak tahu malu di tengah bulatan orang lalu ceritain semua suka mungkin sikit duka. sebab bagi aku kau dan aku tiada yang duka . semua suka  .  SEMUA

drop itu makanan kita, gelak itu vitamin kita , sapaan itu kalsium kita , ejek itu pencuci mulut kita, itu tak sangat manis. ada yang lebih gula bila kita mahu perang bersama. kita satu team dimana kita berada kita selak senjata buku bersama. kita terjah bilik2 sarjan tanya pelbagai strategi soalan ketika perang . yes perang pspm. selami konflik soalan bersama, kongsi air bersama, order makanan bersama, indah nya itu.

kau ingat lagi kita bertiga ntah berempat tapi aku nak kita zoom biar nampak kita hanya berdua sahaja. kau ingat lagi moment kita.. kita menjadi suara terkuat  menyorak gerombolan pemain hoki kita , kita pergi masyarakat menjaja hasilan mereka, kita naiki teksi bersama. indah ! :) suka?

kau ingat bila kau atau aku masih takut mahu ke tandas ( hah taknak ngaku ak yang takut) kita masih setia menemani sampai ke syurga syaitan itu. pehhh sweet . kau ingat masa aku durjana kau nyorok alat peranti kau, kau mahu nangis kot . dan aku pulangkan . yes . waktu tu kau x makan habis nasi goreng.

kau ingat masa kau jumpa pujangga hati si penyelia asrama kau rasa mahu ulang balik cerita (macam astro) setiap masa sampai ku bisa hafal. aku tak kisah . kau ingat bila kau coba coba skandal aku dengan siapa ntah aku pun masih senyum. sebab aku tak pernah kisah. aku sayang kau macam laut , laut yang tak pernah putus

kau ingat waktu kau sedih akan negerimu dilanda bah, aku rasa aku pun sedih seolah negeriku pun turut merasa. aku kalau boleh  tak mahu nampak kau sedih . hmmmmm aku sedih jugak time tu .

aku masih ingat lagi cerita cerita indah kau di francais, cerita cerita kau bersama keluarga kau., betapa teruknya kau sampai tak bisa ke bergaul sampai penuh mainan dirumah  hahahhaha

melihat momen momen kau di tingkatan empat . paling ayu kalau tak silap , sungguh ayu !  aku bahak bak hang , kau pandai buat aku gelak tak pernah putus .

banyak lagi momen. silap aku  tak pernah tampal pada diari setiap saat ak ada kau . sebab ak rasa aku yakin kau ada paa aku setiap hari masa . cuma mood aku kdang kadang harus dipersetan .

itu dulu lahh dulu sangat .. tahun lepas, ini 2014
ntah memang takdir yag sudah bilang kita ada sedikit paling wajah
sudah takdir kita menjadi orang asing yang nama pun belum tahu
kembali pada asal aku yang tak pernah kenal kau , kau yang tak peduli pada aku . kita tak kenal

bukan mahu simpati tapi aku mahu kata aku penat setiap hari aku menangis , sampai orag jeling 
"kau ngantuk sangat ke ? sampai sembap mata" 
aku senyum, aku cuma kata boringlah ini waktu sampai aku mahu lena
yang paham hanya jeling senyum leret hmmm

bila yang tahu kenapa? aku rasa maas nak ucap, sedih aku rasa sakit sebab aku jarang sedih
aku sentap
sentap bila kau mentah mentah halau jemari aku, 
sentap bila aku tanya kau kau pandang tempat lain,
sentap bila kau pura pura borak dengan orang lain bila aku cuba hampiri
sentap lagi bila kau cakap dengan orang lain , sedang kau langsung x layan aku.

aku ni siapa? aku ni siapa? aku ni siapa?
aku akui lagi aku silap
aku buat kesan duka pada diri kau
aku main hati perasaan kau , aku macam hina kau
aku tak sangka kau punya sakit sampai sekarang
sebab aku masih cuba buat lawak lawak biasa,
aku silap, aku bodoh , aku bangang, aku bodoh bodoh ,

aku usaha sepenuh hati minta maaf, tinggal belum kasi lamborgini je kat kau
lain semua sudah aku bagi
ok aku tipu
tapi cakap lah kalau kau benci jangan buat aku gantung di langit
rasa tekak tergantung, sakit
aku jadi hilang fokus di tutoran
bukan salah kau, tapi salah aku yang sakitkan kau

kau masih buat tak tahu 
kata maaf aku pun kau rasa jemu rasa muak
aku takut, aku takut sabar aku menjinak jadi pekasam dendam
pekasam "aahhhh sudah lah pergi mati"
ouh jangan kasi jiwa aku kata itu,
aku takut aku maknakan ia
jangan.

sahabat kau tahu, aku sedih aku sedih aku sedih . aku rasa perigi air mata aku hilang, atau sudah habis dimamah rasa sesalan, aku cuma kata, kau uat apa pun pada aku kau sahabat aku sapai syurga, sayang kau sampai syurga , :) 


dah maafkan aku ke belum?

((maaf kalau silap ejaan, aku pemalas untuk semak kembali))
  

No comments:

Post a Comment