sudah-sudah lah


kadang-kadang kita takut untuk berseorangan,
takut ditindas,
takut tiada teman
takut takut takut

bila hati mula kenal kehidupan
kau rasa bertuahnya jika kau berseorangan
kau tidak perlu jaga hati siapa
kau tak perlu iakan segala apa mereka bodohkan pada kau
kau tak perlu buang masa
kau tak perlu apa itu persahabatan penuh hipokrit
KAU TAK PERLU TAHU!

kenapa aku cuma diberi kesempatan sekejap sahaja
sekejap untuk rasa manisnya ukhuwah
kenapa ukhuwah yang manis sudah hilang
diganti dengan palsunya ukhuwah
palsunya persahabatan

buat apa aku sedih
mereka akan mati juga
aku bukan minta apa-apa dari mereka

aku ada Allah
yang tiap masa boleh aku tenang
bila bila masa boleh bagi aku kesedaran
yang boleh bagi kebahagian


No comments:

Post a Comment